Thursday, January 1, 2009

new year resolution.

sempena tahun 2009 dan 1430 hijrah ini, saya, elida hanan awang, berazam untuk :

1. menjadi seorang pelajar yang rajin mengulangkaji setiap malam, tidak memonteng kelas dan belajar dengan bersungguh2 untuk peperiksaan final nanti.

2. meng'utilize'kan next 3 months sebaik mungkin sebelum menjelangnya peperiksaan.

3. menyediakan jadual belajar yang sistematik serta cuba untuk mematuhi jadual itu sebaik mungkin.

4. menjadi seorang anak, adik, dan kakak dan aunty yang comel dan baik. hihi.

5. menjadi girlfriend arif yang paling best. =)

6. menjadi muslimah yang lebih baik, menjaga solat, solat di awal waktu bukannye 5 minit sebelum habis waktu, memperbanyakkan amalan sunat dan membaca al-Quran sekurang2nya sekali sehari, serta menjaga aurat dan batas pergaulan saya.

7. belajar berjimat cermat dan menyimpan duit dengan berjaya. saya juga tak nak shopping berlebihan lagi. ok ok esok dan lusa boleh kira hari last la saya shopping. rugi la sale kalau tak shopping.

8. memberi kasih sayang yang luar biasa kepada arif saya. sila muntah sekarang.

9. meneruskan diet saya yang telah terbengkalai dan mencapai berat idaman saya iaitu 47kg. susah rupa-rupanya nak turun 2kg.

10. mengurangkan waktu tidur saya kepada 5jam sehari sahaja. at least sehingga habis peperiksaan final pada bulan 4 nanti.

11. kurangkan bercakap. saya rasa saya bercakap terlalu banyak, setiap masa.

12. kurangkan membuang masa duk menyibuk kat blog- blog ntahsapesape macam saya ni takde kerja padahal buku berlambak2 kena baca.

13. berhenti menonton tv series kegemaran saya. saya juga telah meninggalkan hard disk saya di bawah penjagaan arif. tsk tsk. jaga elok2 ya, jgn delete cerita2 saya dalam tu pastu letak porn pulak. hahahhahahaha kantoi kan boyfriend sendiri. huisshhh tak tak. boyfriend saya tak macam tu. baik je dia. calon suami terbaik. haha. back to the story, saya hanya akan menyambung menonton kembali semua cerita2 itu hanya apabila saya telah habis peperiksaan final nanti. wahh besar sungguh pengorbanan saya ini. takpelah, orang kata kalau nak belajar medic kena sacrifice banyak2. inilah pengorbanan saya yang paling besar.

14. mengawal perasaan marah dan benci saya. saya akan cuba untuk tidak membenci siapa2 lagi, dan juga membuang semua perasaan benci di dalam hati saya. saya akan cuba untuk jadi seorang yang pemaaf dan suka meminta maaf. kepada sesiapa yang ada mengutuk2 saya sebelum ni, especially gurlish tu, takpe saya dah maafkan dah ape yang awak kutuk saya hari tu. mungkin awak ini seorang yang sangat sempurna sehinggakan awak tergamak untuk mengutuk orang sesuka hati awak seperti awak tu mak bapak saya. eh mana ada mak bapak kutuk anak sendiri kan.

15. mengurangkan mengumpat dan saya tidak mahu lagi mengambil tahu mengenai hal orang lain yang takde kena mengena dengan saya.

16. mengurangkan juga waktu berblog. mungkin saya hanya akan berblog sekali seminggu. mungkin la. kadang2 bila sudah pulang ke india, saya berasa sangatlah sangap sehinggakan berblog pun rasa macam best padahal bukannye best pun cerita yang saya nak cerita tu. paham ke ayat saya? almaklumlah dah nak balik india ni kena la prektis balik cakap berbelit2 supaya tidak ditipu oleh drebar auto.

eh selingan jap, tibe2 abah saya panggil, "ida ida tengok nih piki wat balik gapo". tengok nih hasil tangkapan nelayan rumah kami a.k.a adik saya dari paya belakang rumah. series macam budak kampung adik aku.

meremang bulu roma saya. oh ya untuk pengetahuan umum, saya tidak makan ikan. bukan kerana allergy, tapi tidak suka dan tidak pandai untuk makan ikan. ade la 2 bulan sekali saya makan ikan. ikan keli ni lagi la saya tak makan.

ok sambung balik pasal azam.

17. cuba tidak menghabiskan duit ibu bapa saya sebaik mungkin. tapi baru je plan nak mintak duit ngan umi malam ni nak gi ambil baju kurung 2 pasang kat tailor. 2 hari lepas dah ambik 3 pasang, pun umi bayar jugak. semoga tuhan memurahkan lagi rezeki ibu bapa saya. tapi ok la kain saya beli sendiri ape. eh banyak pulak alasan kan.

18. cuba membeli tiket pulang ke malaysia sepenuhnya dengan menggunakan duit saya sendiri, tanpa bantuan ibu bapa lagi. eh tp ok ape kali ni tiket balik umi belanja rm200 je tau. yang lain saya bayar sendiri.

19. mencuba pelbagai jenis resepi masakan yang baru supaya bila dah kahwin macam terer masak. haha. bukanlah, supaya takde lah saya ngn neela nak termuntah balik2 ayam masak merah, masak kicap, kari ngan kurma je.

20. menjadi lebih berani dengan ibu bapa dan keluarga arif. tak cerita lagi hari tu gi lunch ngn parents arif. nanti lah dalam entry lain pulak.

ok tu je. penat tu nak kumpul 20 azam. azam yang last2 tu nampak sangat dah merepek takde modal.

till then, mwax!

0 comments:

 
design by suckmylolly.com